Eeemmm..ramadhan da hmpir ke penghujung..rayer da makin tibe..zakat fitrah da bayarr?? hehehe!
ari isnin lepas (malam merdeka tu), kami pergi beli barang rumah kat jusco..lepas byr, ttbe nmpk ade Kaunter Zakat Fitrah kat tepi escalator tu..
so abg byr utk kami berdua..kadar zakat fitrah di Pulau Pinang tahun ini adalah rm 7 seorang..
niat membayar zakat fitrah bg diri/tanggungan
"Inilah wang bagi menggantikan harga beras fitrah yang wajib atas saya/tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala"
ade gak org duk heran tgk saye excited amik2 gmbr abg byr zakat fitrah ni..especially chinese..hehe..pak guard kat blkg tu pon tgk cam pelik jer! rilexla..saye amik gmbr suami saye..hihi! 'blogger tegar' mmg camni..waahh..tegar kah? hahaa =))
Sedikit info fasal Zakat Fitrah utk dikongsi bersama..
PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
=)
No comments:
Post a Comment